Bagaimana Memulakan Perniagaan Dobi

Isu pertama yang anda mahu tengok ialah adakah modal wang untuk perniagaan dobi. Pelaburan untuk dobi layan diri adalah lebih mahal dari kedai dobi biasa. Pelaburan dobi layan diri boleh mula dari RM100,000 hingga RM500,000 bergantung kepada jenama, saiz mesin dobi, kos francis, renovasi untuk beberapa mesin basuh dan mesin pengering. Tetapi kedai dobi biasa boleh mula dengan RM25,000 kalau kira mesin dobi sahaja.

Pinjaman Wangpinjaman wang

Anda sebagai usahawan boleh dapat pinjaman wang untuk bisnes dari badan seperti MARA dan TEKUN untuk dapat dana memulakan bisnes dobi. Sediakan dokumen seperti rancangan perniagaan dan lain untuk memenuhi syarat-syarat pinjaman perniagaaan dari bank atau organisasi lain. Ia mungkin adalah lebih susah untuk dapat pinjaman untuk RM100,000 ke atas untuk kedai dobi layan diri. Lebih mudah untuk bisnes dobi yang mahu pinjaman dalam anggaran RM30,000; untuk dapat kelulusan pinjaman wang. Sediakan modal anda sendiri dan tambah dengan pinjaman bank atau dari organisasi lain , anda boleh buka kedai dobi sendiri. 

Memilih Lokasi Kedai Dobi

Pilih kedai yang berdekatan dengan tempat perumahan, kondominium dan pangsapuri. Pelanggan patut boleh akses kedai dobi anda dengan senang. Buat penyelidikan tentang sesuatu tempat dan buat anggaran kepadatan tempat penduduk dan jika ada saingan kedai dobi lain. Lihat jika pelaburan anda untuk kedai dobi baru adalah bagus untuk tempat itu. Lebih baik jika tempat perumahan adalah baru dengan penduduk saiz yang cukup dan anda boleh menawarkan servis dobi. Tidak digalakkan untuk buka perniagaan dobi di tempat yang sudah ada tetapi kalau masih mahu; anda mesti bersaing dengan harga atau perkhidmatan yang dobi lain tidak buat.

Memilih Mesin Dobi

Pilih mesin dobi berkualiti untuk kerja dobi. Mesin yang mahal tidak semestinya mesti dibeli dan kebanyakan dobi guna campuran mesin dobi komersial dan biasa untuk kerja dobi. Itulah sebab perusahawan melaburkan dalam anggaran RM25,000 untuk mesin dobi yang meliputi mesin basuh, mesin pengering pakaian, mesin aqua wash dan stim seterika. Untuk perkhidmatan cuci toto atau comforter, beli mesin basuh dan mesin pengering berkapasiti tinggi seperti 15kg atau lebih. 

Paip dan Ventilasi yang Tepat

Untuk kedai dobi, pasti guna paip berkualiti seperti High Density Polyethylene (HDPE) paip untuk aliran air dan diguna dengan pam air (1 HP). Jangan guna PVC paip lemah kerana ia akan senang bocor bila diguna dengan pam air. Untuk ventilasi, gunakan ventilasi hos yang dibekal dengan mesin pengering pakaian. Pastikan ventilasi hos diletakkan pada lubang untuk bagi udara panas keluar dari kedai dobi. Untuk air sisa, pastikan paip keluar adalah besar untuk menampung air yang perlu dibuang apabila beberapa mesin basuh dijalankan pada masa sama.

Pengubahsuaian Kedai Dobi

pengubahsuaianPengubahsuaian untuk kedai dobi patut kelihatan kemas dan sederhana. Tidak perlu hiasan yang berlebihan. Buat dinding untuk asingkan tempat kerja dobi dari kounter depan. Pelanggan anda tidak perlu nampak kedalaman kedai anda dan proses dobi. Pasti kaunter depan ada tempat untuk letak baju pelanggan yang sudah dicuci dan diatur supaya senang cari apabila pelanggan datang balik untuk ambil pakaian mereka.

Pemasaran dan Pengiklanan

Pelanggan berpotensi perlu dapat tahu kedai dobi anda akan dibuka pada tarikh yang sesuai dan lokasinya. Ini akan membina jangkaan untuk perkhidmatan dobi anda di mana pelanggan akan sedia pakaian untuk dicuci, digosok atau guna servis cucian kering atau aqua wash.

bagaimana memulakan perniagaan dobi


Kami sudah menyediakan pakej mesin dobi yang seseuai untuk memulakan perniagaan dobi:

– Mesin Basuh
– Mesin Pengering
– Mesin Aqua Wash
– Stim Seterika
– Organik Sabun Aqua Wash
– Sabun
– Pewangi
– Softlan
– Starch
– Penyangkut (144 pc)
– 5kg Cucian Kering Beg Plastik

Manfaat untuk anda:
– Tiada yuran francais
– Memiliki jenama sendiri     
– Mendapat keuntungan dengan kos yang rendah
– Pulang modal dengan cepat


Sila hubungi kami (03-92856248) untuk dapat sebut harga

Hubungi kami