Mungkin anda tanya apa yang anda boleh buat untuk menambahkan jualan bisnes dobi? Tetapi soalan itu boleh dijawab dengan apa peralatan dobi dan kemahiran anda atau pekerja yang sudah ada dalam kedai. Ia hanya perlu diubahsuai sikit untuk kegunaan lain dan juga tambahan pula, ia biasanya adalah sesuatu yang tidak memerlukan pelaburan tunai atau hanya kecil sahaja. Ini biasanya tindakan yang memerlukan usaha tambahan sedikit.
Selalunya kedai dobi mempunyai perkhidmatan tambahan yang boleh meningkatkan jualan melalui apa yang sudah sedia ada dalam kedai. Tetapi pelanggan mungkin tidak tahu perkhidmatan ini wujud atau kadang kala diabaikan oleh pengurus dan pekerja. Di kounter depan semasa berurusan dengan pelanggan, anda boleh bagi perkhidmatan lain seperti menjahit baju atau mencuci kasut. Contohnya, pelanggan bawa baju sukan yang ada kesan kotor yang sukar keluar, anda boleh menawarkan servis untuk mencuci kasut sukan dia.
Tempat lain seperti restoran pun bagi tawaran untuk beli set dan menambahkan saiz makanan. Bisnes lain mungkin bagi penambahan masa waranti untuk produk. Buat yang sama untuk bisnes dobi anda. Servis tambahan yang anda boleh jual kepada pelanggan adalah seperti cuci kasut, cuci comforter, jahitan dan gaun perkahwinan, Kebanyakan servis kedai dobi sudah boleh buat tetapi pelanggan tidak semestinya dah tahu.
Anda patut memasarkan mesej tentang servis kedai dobi melalui beberapa cara:
- Word of mouth. Adakah pekerja jual servis dobi tambahan kepada pelanggan? Ini adalah cara yang tidak akan ambil kos dan pelanggan akan ingat servis jika dia perlu pada masa depan untuk baju lain
- Papan iklan. Adakah papan iklan dalam atau luar kedai menerangkan servis dobi atau diskaun khas?
- Risalah. Risalah boleh diletakkan pada papan mesej sesuai atau peti surat. Letakkan pada kaunter dobi pun ada cara baik untuk memaklumkan pelanggan
- SMS atau emel. Jika pelanggan beri kebenaran untuk SMS atau emel, anda boleh buat tawaran untuk diskaun untuk servis tambahan atau dry cleaning percuma untuk satu set baju.
Terdapat banyak cara untuk kedai dobi tambah servis kepada apa yang mereka sudah sedia dan ada cara lain untuk memaklumkan pelanggan tentang servis baru. Inilah adalah satu cara baik untuk membezakan kedai dobi anda daripada yang lain. Dengan sikit kemahiran jualan dan perkidmatan tambahan, kedai dobi boleh dapat lebih keuntungan.