Mesin Dobi Layan Diri Malaysia

(Sila guna Borang Pertanyaan untuk dapat sebut harga)

coin laundryDobi layan diri adalah perniagaan di mana pemilik tidak perlu ada di bisnes premis untuk menyelia proses perniagaan. Pelanggan hanya perlu guna sistem koin untuk memulakan mesin basuh dan mesin pengering. Biasanya masa yang diambil ialah lebih kurang 30 minit untuk cucian dan 30 minit untuk mengering. Pelanggan akan biasanya datang ke dobi layan diri seminggu sekali untuk buat kerja dobi rumah. Pelanggan hanya perlu guna mesin tukar wang untuk tukar kertas wang kepada syiling atau token. 

Perkhidmatan tambahan kepada mesin dobi layan diri ialah mesin vending yang mendispens sabun dan softener. Seorang usahawan boleh mula dengan 5 mesin basuh dan 5 mesin pengering untuk memulakan bisnes dobi layan diri. Untuk mesin basuh dengan muatan kecil seperti 9kg ada muatan atas dan mesin pengering kecil seperti 9kg boleh guna elektrik.

Wujud 2 jenis mesin iaitu mesin siap bina untuk layan diri dan mesin yang perlu modifikasi: 

1) Mesin siap bina

Mesin ini telah dibina oleh pengilang untuk tujuan kedai dobi layan diri dan tidak perlu modifikasi.

2) Mesin yang perlu modifikasi

Mesin basuh dan pengering yang perlu modifikasi untuk fungsi layan diri.self service laundry 4

Untuk mesin dobi yang perlu modifikasi, ini adalah cara badjet untuk usahawan yang tidak ada cukup modal wang untuk beli pakej mesin dobi layan diri yang banyak mahal sehingga RM500,000 termasuk pengubahsuaian kedai dobi. Untuk mesin dobi badjet, usahawan hanya perlu dalam anggaran RM123,000 untuk beli mesin dobi syiling dan pengubahsuaian kedai. Mesin yang dihasilkan sedia dari kilang adalah biasanya mahal. Mesin siap bina yang lebih sesuai adalah saiz 14kg untuk mesin basuh dan pengering. 

Dengan modal RM123,000. Anda boleh dapat pakej mesin dobi self servis seperti pengubahsuaian kedai, kerja paip dan pendawaian, mesin tukar syiling, CCTV, sabun dan softener, papan tanda dobi, selain daripada mesin basuh dan pengering; untuk buka kedai dobi syiling anda. Panggil kami atau dapat quote melalui butang merah bawah.

 Get a quote2