perniagaan dobi

Perniagaan Dobi Malaysia

Hubungi kami

Perniagaan dobi adalah bisnes dengan pelaburan kos rendah dan usahawan boleh mula dengan sikit rumitan. Bisnes ini boleh menguntungkan dengan cepat dan dengan modal yang sederhana apabila dijalankan dengan betul. Sebagai pemilik bisnes dan seorang usahawan anda tidak semestinya perlu melabur banyak wang untuk mulakan bisnes dobi. Dengan duit modal sebanyak RM28,000 untuk pakej dobi set lengkap, anda boleh buka dobi dengan perkhidmatan mencuci baju, mengering baju, menyeterika baju dan aqua wash (wet cleaning) servis. Ini sudah cukup bagi memenuhi keperluan yang penting untuk pelanggan perniagaan dobi. Dengan niaga pelaburan yang rendah, anda juga boleh jadi permilik dobi yang berjaya.

Mesin basuh (washer machine) adalah mesin laundry yang akan cuci kebanyakan baju untuk cucian biasa. Mesin basuh terdapat beberapa jenama, kapasiti, komersial dan biasa (untuk rumah). Memilih mesin dobi komersial atau biasa adalah bergantung kepada pemilik. Mesin dobi biasa adalah murah tetapi tak tahan lasak seperti mesin komersial. TETAPI sekarang juga terdapat mesin basuh biasa yang ada kapasiti tinggi, boleh tahan lasak dan mempunyai fungsi khas untuk membersihkan baju. Mesin biasa boleh buat kerja yang sama seperti komersial dan usahawan perlu tengok apa yang dia ingin untuk dobi.

Mesin pengering pakaian (tumble dryer) biasanya guna gas sebagai sumber pemanas. Mesin pengering dengan kapasiti kecil guna elektrik. Biasanya, mesin pengering eletrik akan ambil lebih masa untuk kering baju jika kapasiti baju adalah besar dan mungkin lebih mahal untuk kos kering berbanding dengan sumber gas. Ada penapis (lint filter) untuk menangkap lin dari baju semasa proses kering.

Untuk jenis seterika, stim seterika (steam iron) adalah bagus untuk kerja dobi kerana fungsi stim buat kerja gosok (ironing) dengan mudah dan ada tahap suhu berbeza untuk jenis kain. Ada juga satu lain seterika yang tukar suhu secara automatik dan pengguna tak perlu usik tahap suhu. Biasanya kanji (starch spray) akan disemburkan sebelum menyeterika untuk buat kerja senang.

Top Loading dan Front Loading

Bagi mesin basuh, terdapat 2 jenis iaitu muatan atas (top loading) dan muatan depan (front loading). Perbezaan utama ialah jumlah air guna untuk cucian baju. Top loading biasanya guna lebih air daripada front loading. Front loading menggunakan fungsi bilas (rinse) untuk bersihkan baju dan menjimat air tapi top loading mengguna air yang banyak di mana, dengan daya emparan membasuh baju. Mesin top loading adalah bagus untuk cucian muatan besar seperti selimut, comforter dan seragam. Harga kos untuk top loading adalah lebih daripada front loading tapi ada fungsi yang mungkin sesuai untuk kerja dobi. Usahawan dobi patut lihat apa yang dia perlu untuk perniagaan dobi seperti perkihdmatan yang mahu tawar kepada pelanggan dan bajet bagi memulakan niaga dobi sebelum memilih apa jenis mesin basuh untuk premis bisnes.

Cucian Kering dan Cucian Basah

Ada wujud 2 jenis sistem permbesihan iaitu cucian kering (dry cleaning) dan cucian basah (wet cleaning). Proses dry clean mengguna jenis minyak iaitu perchloroethylene atau PERC untuk bersihkan baju tanpa air manakala wet cleaning mengguna air dan detergen khas yang membersihkan baju sambil menjaga warna dan saiz fabrik baju. Kebanyakan dobi guna sistem cucian basah atau aqua wash kerana ia lebih murah dari sistem cucian kering. Lagi pun, minyak dalam cucian kering adalah memang mahal dan ia telah menunjukkan risiko untuk kesihatan orang pekerja dan boleh mencermarkan alam sekitar kalau tidak dilupuskan dengan cara betul, kata penyelidik.

Cucian basah pula mengguna detergen yang dibuat oleh larutan organik; maknanya selepas proses, sisa air boleh dibuang dengan selamat dalam longkang sahaja. Detergen khas itu tidak mahal dan boleh kurang kos, mendapat keuntungan baik dan tiada bahan detergen akan mencermarkan alam sekitar atau menjejaskan kesihatan pengusaha dan pekerja; bila dibebaskan. Usahawan dobi sendiri yang tiada mesin cucian kering terpaksa guna luar dobi lain untuk perkhidmatan mereka kerana mesin cucian kering adalah mahal. Mereka yang dah buka dobi dengan modal sederhana, berminat dan menggunakan sistem aqua wash sebab ia lah sebagai alternatif kos rendah dan masih bagi keputusan kerja dobi yang tetap baik. 

Walaupun baju dan fabrik mempunyai tag “Dry Clean Only”, sebernanya kebanyakan baju sekarang seperti kot, blazer dan jaket boleh dicuci dengan sistem aquawash. Usahawan boleh ambil peluang ini untuk dapat keuntungan dengan sistem yang berbaloi untuk wang pelaburan. Kos rendah operasi dengan pulangan untung yang tinggi. Sistem aquawash merupakan alternatif yang baik untuk usahawan dobi dengan bisnes modal sederhana. Aqua wash adalah sistem yang paling menjimatkan wang dan mendapatkan pulangan pelaburan baik. Tidak perlu beli mesin yang mahal untuk kali pertama, kan?

Kursus Dobi

Permulaan untuk usahawan yang mampu  mula dalam industri ini ialah dengan kursus. Kursus dobi akan memberi tunjuk ajar kepada usahawan yang belum tahu semua perkara tentang teori dan praktikal pengalaman dobi seperti:

  • Tahu langkah-langkah untuk membuka bisnes dobi
  • Bagaimana melakukan operasi kedai dobi
  • Jenis khidmat dobi
  • Kaedah cucian kering atau cucian basah
  • Tahu cara mencuci dan mengering baju dengan cekap
  • Jenis-jenis sabun atau detergen
  • Panduan jenis-jenis mesin basuh dan mesin pengering
  • Kira kos dan keuntungan dobi
  • Membuat pengiklanan dan permasaran
  • Dan lain-lain

Dengan pengetahuan ini, anda boleh merancang langkah sendiri untuk perniagaan dobi anda pada setiap hari dan bulan hingga akhir tahun.

Usahawan dobi patut lihat setiap faktor tersebut seperti kos elektrik, kos maintenance, kos air, masa untuk cucian dan kering sebelum membeli mesin dobi, buat bayaran sewa untuk lokasi kedai, dan menyediakan tempat dobi baru. Kami di syarikat Agies Resources Sdn Bhd adalah supplier yang membekal produk mesin dobi dengan harga berpatutan untuk dobi dan telah tolong ramai usahawan masuk dan menceburi ke dalam industri dobi di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan seluruh Malaysia (Sabah dan Sarawak juga ada hantar). Hubungi kita untuk maklumat lanjut melalui email ([email protected]), telefon (016-9937 848) atau melayari laman web borang pernyataan

 Get a quote2