Sebelum kedai dobi baru anda buka, ia penting untuk memasarkan perkhidmatan dobi kepada pelanggan di kawasan perumahan dekat. Pelanggan mesti dapat tahu ada kedai dobi baru akan dibuka dekat rumah mereka! Anda boleh memasarkan servis dobi 2 minggu sebelum dobi anda buka pada tarikh rasmi. Macam ini, pelanggan akan kumpul baju, toto atau kasut mereka untuk bagi kepada perniaggan dobi anda. Menarik pelanggan baru dan pastikan pelanggan yang sama datang balik ke dobi anda melalui tawaran istimewa dan diskaun.

1) Bagi tahu apa jenis perkhidmatan yang ditawarkanmarketing

Perkhidmatan yang anda boleh tawar (bergantung kepada pekerja dan peralatan yang ada) termasuk basuh dan kering, gosok baju, cucian kering atau aqua wash, cuci toto, cuci permaidani, cuci kasut, kaunter kutipan atau penghantaran kepada rumah/pejabat, dan servis jahitan. Tawarkan perkhidmatan yang biasanya tidak dibagi oleh persaingan lain. Bagi pelanggan anda sebab yang baik untuk guna wang mereka di premis dobi anda

2) Hantarkan risalah kepada rumah, pangsapuri dan kondo

Sediakan risalah dengan informasi tentang lokasi dan perkhidmatan dobi. Letak pada papan pengumuman, bisnes premis lain, dan tempat lain yang sesuai untuk letak risalah. Anda boleh upah orang lain untuk kerja ini seperti budak sekolah.

3) Bagi tawaran harga diskaun pada masa perbukaan kedai dobi baru dan diskaun untuk pelanggan berulang

Bagi harga khas pada minggu buka kedai dobi baru untuk menarik pelanggan baru. Untuk pelanggan berulang, bagi servis harga diskaun ataupun percuma selepas beberapa cucian. Contohnya, pelanggan dapat satu set cucian kering percuma selepas 15 cucian kering. Anda boleh guna sistem stamp.

marketing 24) Sediakan papan iklan 

Papan iklan yang menarik akan tarik perhatian pelanggan terutamanya untuk kedai dobi baru. Guna papan iklan yang kreatif dengan fon, gambar dan warna yang menarik

5) Kutipan dan penghantaran dengan kenderaan

Apa sahaja kenderaan yang anda mungkin guna untu k perkhidmatan ini, anda boleh lekat sesuatu pelekat untuk nama dobi dan nombor telefon. Buat secara kreatif untuk jenis pengiklanan ini.

 

6) Memasarkan perkhidmatan dobi sekolah, salon, spa dan lain-lain

Buat kontrak dengan agensi kerajaan atau bisnes lain untuk buat kerja dobi mereka. Benda seperti seragam dan tuala boleh beri tambahan untung kepada perniagaan dobi.

7) Persaingan dengan harga dan servis tambahan

Anda boleh mengikut harga pasaran, kurang daripada harga pasaran atau lebihi harga pasaran. Jika anda mahu mengenakan bayaran lebih, pastikan dobi anda tambah servis seperti plastik penutup baju, semburan pewangi kepada baju, jahitan pada baju atau lain-lain. Pastikan ia kreatif sahaja untuk harga yang anda mahu cas. Ia akan menarik perhatian pelanggan baru kepada keseluruhan servis harga.